Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

SETINGGI-TINGGI PERHARGAAN BUAT PENGERUSI PMIM -27FEB2020

Imej
 27FEBRUARI 2020 Bagi mengenang jasa Pengerusi PMIM Sdra Azam (sejak MAB pada Sep2015), pihak AJK JKIM dan PMIM telah mengadakan mengadakan majlis perpisahan beliau di downtown KLIA, Charter Field. Makan tengah hari dan cenderahati untuk Sdra Azam.

LAWATAN PENGERUSI MAG KE PMIM

Imej
Khamis 13Ogos20. Lawatan rasmi selaku Pengerusi MAG yang baru Tan Sri Wan Zulkiflee ke PMIM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdra Saiful Bahri, Imam PMIM. Diikuti taklimat ringkas mengenai JKIM dan PMIM (dan aktiviti yang dikendalikan) daripada Pengerusi JKIM, Hj Mohd Fadli Md Yusuf. M ajlis diakhiri dengan ucapan pengenalan daripada Pengerusi MAG sebelum solat Zohor. Seusai solat Zohor, Pengerusi MAG dan wakil pihak pengurusan dan AJK JKIM/PMIM bersama-sama menikmati makan tengah hari yang telah disediakan. Sebagai kenang-kenangan, gambar bersama Pengerusi MAG diambil di hadapan pintu masuk PMIM.

MAJLIS IFTAR PERDANA 2019

Imej
Bersama sebahagian anak-anak yatim dari Nilai Majlis Iftar perdana anjuran bersama pihak pengurusan MAG dan JKIM/PMIM yang menjadi tradisi kami setiap kali Ramadhan. Dimulai dengan tazkirah ringkas Imam Muda Hafiz dan diikuti majlis berbuka puasa dengan meraikan seramai hampir 100 orang anak-anak yatim dari salah sebuah Rumah anak-anak yatim yang berdekatan. Ole-ole dari MAG dan duit raya disediakan untuk mereka.Sumbangan juga turut diberi kepada imam-imam yang bertugas sepanjang tahun. Majlis diakhiri dengan solat terawih dan jamuan ringkas (more). Untuk tahun 2019, hampir 700 orang menghadiri majlis ini termasuk pihak pengurusan MAG, warga kerja MAB dan pekerja asing sekitar KLIA.

MAG BERSELAWAT

Imej
19NOV2019