Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

KHATAM ALQURAN MAG 2021

Imej
KLIA. ISNIN 10MEI2021. JAM 1230 TENGAH HARI. Disertai lebih daripada 200 kakitangan MAG di KUL dan juga di Sabah (khasnya BKI dan TWU), idea yang dilihamkan oleh HC dan dengan bantuan AJK JKIM, Majlis Khatam al Quran bagi Ramadan 1442Hijrah telah diadakan dengan jayanya. Ucapan aluan dari Pengerusi JKIM bagi memulakan majlis dan sepatah duakata dari GHCO, Dato' Khalis memeriahkan aktiviti alam digital kali ini walaupun dalam situasi COVID19 yang tidak membenarkan majlis secara fizikal diadakan. Majlis diketuai Ustaz Rozi selaku penyelaras projek. Bacaan suci alquran dari Surah Adh-Dhuha (Surah 93) hinggalah ke Surah An-Naas (Surah 114) telah diperdengarkan oleh kakitangan MAG dari KUL dan juga Sabah termasuklah barisan Pengurusan Kanan MAG, Capt Hamdan Che Ismail dan Dato' Khalis.   Harapan kakitangan MAG agar majlis ini akan diteruskan pada masa hadapan. Insha Allah. ZASMAN MOHD GHULAM JKIM/PMIM ,KUL.