Catatan

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA MAG 2022

Imej
28APR2022 KELANA JAYA Acara ini diadakan diadakan secara fizikal (kehadiran sebahagian peserta) di MABA (Malaysia Airlines Business Academy), Kelana Jaya, Selangor dan juga secara maya (online). Aktiviti ini adalah agenda setiap tahun di bulan ramadhan bagi kakitangan MAG, Kuala Lumpur. Pihak syarikat,MAG turut mengundang Imam Muda Aran untuk mengetuai majlis ini. 

MAJLIS PERTANDINGAN MUROTTAL / HAFAZAN

Imej
15APRIL 2022 SSZ,KLIA  Bertempat di PMIM, Majlis Pertandingan Murottal dan Hafazan MAG diadakan julung kali pada  13Ramadhan 1443Hijrah. Terbuka kepada kakitangan MAG dan keluarga. Idea cetusan Ustaz Rozi dibawah pengendalian Human Capital dan disokong sepenuhnya oleh JKIM dan PMIM selaku tuan rumah bagi acara ini. Diikuti tazkirah ringkas dan majlis berbuka puasa untuk kakitangan MAG di Kuala Lumpur. Dihadiri hampir 250 orang dan aktiviti pertama PMIM/JKIM setelah berakhirnya Pandemik Covid19 di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines. Program ini juga dapat ditonton oleh semua kakitangan MAG seluruh dunia menerusi FB Live Pusat Muktamar Islam MAS (PMIM). Turut hadir barisan Pengurusan Kanan MAG yang diketuai oleh Pengerusi MAG. Selepas Solat berjemaah Magrib, pihak JKIM/PMIM menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak kakitangan MAG. Para peserta majlis Murottal/Hafazan turu diberi saguhati diatas penyertaan mereka. Majlis berakhir dengan solat berjemaah Isyak,Terawih dan Witir.

KHATAM ALQURAN MAG 2021

Imej
KLIA. ISNIN 10MEI2021. JAM 1230 TENGAH HARI. Disertai lebih daripada 200 kakitangan MAG di KUL dan juga di Sabah (khasnya BKI dan TWU), idea yang dilihamkan oleh HC dan dengan bantuan AJK JKIM, Majlis Khatam al Quran bagi Ramadan 1442Hijrah telah diadakan dengan jayanya. Ucapan aluan dari Pengerusi JKIM bagi memulakan majlis dan sepatah duakata dari GHCO, Dato' Khalis memeriahkan aktiviti alam digital kali ini walaupun dalam situasi COVID19 yang tidak membenarkan majlis secara fizikal diadakan. Majlis diketuai Ustaz Rozi selaku penyelaras projek. Bacaan suci alquran dari Surah Adh-Dhuha (Surah 93) hinggalah ke Surah An-Naas (Surah 114) telah diperdengarkan oleh kakitangan MAG dari KUL dan juga Sabah termasuklah barisan Pengurusan Kanan MAG, Capt Hamdan Che Ismail dan Dato' Khalis.   Harapan kakitangan MAG agar majlis ini akan diteruskan pada masa hadapan. Insha Allah. ZASMAN MOHD GHULAM JKIM/PMIM ,KUL.

LAWATAN DARI MAPIM

Imej
  PMIM turut menerima kunjungan daripada Malaysia NGO seperti MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia).

QURBAN 2020

Imej
  Tahun 2020 kami berjaya mendapatkan 21 orang terlibat dalam Qurban JKIM/PMIM - 3 ekor lembu disembelih di Sepang dan diagih-agihkan oleh AJK JKIM/PMIM . Proses penyembelihan/pembungkusan daging Qurban: Pengagihan:     Diwakilkan kepada Ustaz Naim untuk jemaah Pangsapuri Kos Rendah di Bangi. Diagihkan kepada rumah anak-anak yatim di Enstek.                                        Bersama pengetua Madrasah Tahfiz AlQuran Syazwan di Kg Perwira                                   Jaya,Kuala Lumpur. AJK yang hadir bersama-sama dengan pengurus pusat penyembelihan.

SETINGGI-TINGGI PERHARGAAN BUAT PENGERUSI PMIM -27FEB2020

Imej
 27FEBRUARI 2020 Bagi mengenang jasa Pengerusi PMIM Sdra Azam (sejak MAB pada Sep2015), pihak AJK JKIM dan PMIM telah mengadakan mengadakan majlis perpisahan beliau di downtown KLIA, Charter Field. Makan tengah hari dan cenderahati untuk Sdra Azam.

LAWATAN PENGERUSI MAG KE PMIM

Imej
Khamis 13Ogos20. Lawatan rasmi selaku Pengerusi MAG yang baru Tan Sri Wan Zulkiflee ke PMIM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdra Saiful Bahri, Imam PMIM. Diikuti taklimat ringkas mengenai JKIM dan PMIM (dan aktiviti yang dikendalikan) daripada Pengerusi JKIM, Hj Mohd Fadli Md Yusuf. M ajlis diakhiri dengan ucapan pengenalan daripada Pengerusi MAG sebelum solat Zohor. Seusai solat Zohor, Pengerusi MAG dan wakil pihak pengurusan dan AJK JKIM/PMIM bersama-sama menikmati makan tengah hari yang telah disediakan. Sebagai kenang-kenangan, gambar bersama Pengerusi MAG diambil di hadapan pintu masuk PMIM.