28APR2022 KELANA JAYA Acara ini diadakan diadakan secara fizikal (kehadiran sebahagian peserta) di MABA (Malaysia Airlines Business Academy), Kelana Jaya, Selangor dan juga secara maya (online). Aktiviti ini adalah agenda setiap tahun di bulan ramadhan bagi kakitangan MAG, Kuala Lumpur. Pihak syarikat,MAG turut mengundang Imam Muda Aran untuk mengetuai majlis ini.
15APRIL 2022 SSZ,KLIA Bertempat di PMIM, Majlis Pertandingan Murottal dan Hafazan MAG diadakan julung kali pada 13Ramadhan 1443Hijrah. Terbuka kepada kakitangan MAG dan keluarga. Idea cetusan Ustaz Rozi dibawah pengendalian Human Capital dan disokong sepenuhnya oleh JKIM dan PMIM selaku tuan rumah bagi acara ini. Diikuti tazkirah ringkas dan majlis berbuka puasa untuk kakitangan MAG di Kuala Lumpur. Dihadiri hampir 250 orang dan aktiviti pertama PMIM/JKIM setelah berakhirnya Pandemik Covid19 di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines. Program ini juga dapat ditonton oleh semua kakitangan MAG seluruh dunia menerusi FB Live Pusat Muktamar Islam MAS (PMIM). Turut hadir barisan Pengurusan Kanan MAG yang diketuai oleh Pengerusi MAG. Selepas Solat berjemaah Magrib, pihak JKIM/PMIM menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak kakitangan MAG. Para peserta majlis Murottal/Hafazan turu diberi saguhati diatas penyertaan mereka. Majlis berakhir dengan solat berjemaah Isyak,Terawih d...
Bersama sebahagian anak-anak yatim dari Nilai Majlis Iftar perdana anjuran bersama pihak pengurusan MAG dan JKIM/PMIM yang menjadi tradisi kami setiap kali Ramadhan. Dimulai dengan tazkirah ringkas Imam Muda Hafiz dan diikuti majlis berbuka puasa dengan meraikan seramai hampir 100 orang anak-anak yatim dari salah sebuah Rumah anak-anak yatim yang berdekatan. Ole-ole dari MAG dan duit raya disediakan untuk mereka.Sumbangan juga turut diberi kepada imam-imam yang bertugas sepanjang tahun. Majlis diakhiri dengan solat terawih dan jamuan ringkas (more). Untuk tahun 2019, hampir 700 orang menghadiri majlis ini termasuk pihak pengurusan MAG, warga kerja MAB dan pekerja asing sekitar KLIA.
Ulasan
Catat Ulasan